Tuesday, 26 July 2011

Body Mass Index (BMI)

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak cerita sikit pasal BMI. Pernah dengar tak perkataan BMI sebelum ni? BMI ni adalah singkatan kepada 'Body Mass Index' atau 'index Jisim tubuh'. BMI ni merupakan salah satu cara untuk mengetahui samada bentuk badan kita ideal atau tidak. Melalui BMI, kita akan mengetahui adakah berat badan kita bersesuaian dengan ketinggian yang kita miliki.


Kita boleh mengira BMI dengan menggunakan 2 kaedah iaitu secara manual ataupun automatik dengan menggunakan program BMI. kalau nak kira secara manual terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan seperti :

1.  Ini pengiraan biasa yang selalu digunakan untuk mencari kategori tubuh badan underweight, normal, overweight atau obesity. 
                 
                                          =               berat (kg)          
                                                    tinggi(m) x tinggi (m)


2.  Ini adalah cara lain yang boleh digunakan untuk mencari terus berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian badan (sumber dirujuk daripada kawan dalam bidang perubatan dan bahan bacaan).

                                             =        23 x tinggi (m) x tinggi (m)
                                             =        23 x 1.5m x 1.5 m     = 51.75
                                             =       oleh itu, berat badan yang ideal bagi ketinggian 1.5 m adalah 5.2 kg.

3. Kalau automatik senang sikit, sebab just masukkan data kemudian program tu akan tolong kira BMI untuk kita. Kalau teringin nak kira BMI secara automatik sekarang, bolehlah cuba kat blog ni (ada tu kat bawah, cari je hehe) .. ^_^

 BMI Categories:
  • Underweight = <18.5
  • Normal weight = 18.5–24.9
  • Overweight = 25–29.9
  • Obesity = BMI of 30 or greater 
 BMI ni penting untuk kesihatan kita. Salah satunya untuk mengelakkan daripada mendapat sebarang penyakit yang tidak diingini contohnya obesiti berkemungkinan menghidap tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung dan sebagainya.. Oleh itu, marilah kita menjaga tubuh badan kita dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakan yang seimbang. 

~jika terdapat sebarang komen, info, maklumat, perbincangan, atau apapa jela yang nak dikongsikan, bolehlah tinggalkan komen ye.. Maaf kalau ada tersilap bicara atau tersalah tutur kata. Next post kita akan bincang pula pasal piramid makanan... Have a Nice Day :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...